PETALING JAYA: Seorang anggota Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meninggal dunia selepas terbabit kemalangan ketika mengejar penunggang motosikal yang melarikan diri dari sekatan jalan raya (SJR) berhampiran Plaza Tol Gombak dekat sini, hari ini.
Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira pukul 9.30 pagi apabila mangsa yang terlibat dalam satu operasi motosikal dikatakan mengejar penunggang terbabit sebelum bertembung dengan sebuah kenderaan lain.
Mangsa kemudia disahkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah yang dialaminya.
Difahamkan, polis akan mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung kejadian itu. – UTUSAN ONLINE