Ada 18 juta bekalan kit ujian kendiri - Utusan Malaysia

Ada 18 juta bekalan kit ujian kendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Bekalan kit ujian kendiri Covid-19 disahkan mencukupi ketika ini di seluruh negara dengan sejumlah 18 juta unit masih ada di peringkat pengilang dan pemborong.

Bercakap kepada Utu­san Malaysia, Pengarah Pe­ngu­at Kuasa Kementerian Per­­dagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), Azman Adam ber­kata, bagaimanapun pi­hak­nya mengakui berlaku kele­wa­tan penghantaran bekalan terutama di Sabah dan Johor ekoran perayaan Tahun Baharu Cina dan peningkatan kes men­dadak wabak itu pada ma­sa ini.

Namun, katanya, masalah itu sudah pun diatasi di ke­dua-dua negeri berkenaan dan kebanyakan premis sudah me­nerima stok daripada pihak pem­bekal.

“Bekalan dijangka terima dalam masa terdekat sebab kekurangan stok itu berlaku kerana perayaan Tahun Baharu Cina dan peningkatan kes sekarang ini.

“Namun di Sabah sudah mu­la terima dan pemantauan di setiap daerah di Johor pula mendapati masalah berkenaan sudah diatasi.

“Masalah itu berlaku kerana pada waktu perayaan itu tidak ada penambahan stok kerana cuti, jadi lambat sampai stok baharu. Tetapi sekarang ini mereka sudah mula menerimanya.

“Setakat ini kita punya data berbanding bulan lepas, pada bulan ni kita ada akses satu juta unit lebih dari bulan lepas,” katanya di sini semalam.

Menurut Azman, pada masa ini terdapat lebih 18 juta unit di pihak pengilang dan pemborong berbanding tiga atau empat bulan lalu, pengeluaran stok sekitar 10 juta unit sahaja.

Katanya, disebabkan pe­ningkatan kes Covid-19 ketika ini, maka pengeluaran kit ujian kendiri itu turut ditingkatkan ba­gi memenuhi keperluan rakyat.

“Pada tahun lepas kita hanya ada empat atau lima juta unit sebab bila kes rendah, maka pengeluaran tidak banyak, na­mun, bila sekarang ini kes meningkat maka kilang-ki­lang di sini menambah pe­ngeluaran.

“Berdasarkan pemantauan ki­ta, bekalan cukup namun ke­lewatan berlaku atas beberapa sebab terutama apabila sekolah buka dan perayaan Tahun Baharu Cina kes naik mendadak ra­mai buat ujian apabila Ke­menterian Kesihatan pula turut menggesa pemantauan kendiri dilakukan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya