7 lelaki lalok dadah dicekup  - Utusan Malaysia

7 lelaki lalok dadah dicekup 

ANTARA barangan kes yang dirampas dalam operasi tangkapan tujuh lelaki yang dipercayai terlibat dalam aktiviti penagihan dadah di daerah Barat Daya, Balik Pulau, Pulau Pinang hari ini. - FB PDRM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU: Seramai tujuh lelaki tempatan diberkas selepas disyaki terlibat dalam aktiviti penagihan dadah di dua lokasi di Teluk Kumbar dan Teluk Bahang, di sini hari ini. 

Kesemua suspek berusia antara 30-an hingga 40-an itu diberkas sepasukan anggota dari Balai Polis Teluk Kumbar dan Teluk Bahang semasa menjalankan tugasan Ronda Cegah Jenayah. 

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Superintenden Kamarul Rizal Jenal berkata, seramai enam lelaki yang masing-masing bekerja sebagai juruteknik, pengimpal, pelayan hotel, pemandu bot, nelayan dan tukang sapu itu ditahan di kawasan Teluk Bahang. 

“Hasil pemeriksaan ke atas semua suspek terbabit menemukan dadah disyaki ganja dengan anggaran berat  11.83 gram (g), 1.45g  syabu dan peralatan menghisap dadah. 

“Seorang lagi tangkapan dilakukan di kawasan Teluk Kumbar  bersama rampasan dadah disyaki jenis heroin dengan anggaran berat 0.28g,” katanya menerusi kenyataan yang dimuat naik di laman sosial Facebook Ibu Pejabat polis Daerah Barat Daya, di sini hari ini. 

Beliau memberitahu, kesemua suspek kini ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6, Sek 12 (2) dan Sek 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN