185,000 mahasiswa UiTM kembali ke kampus Mac ini

170,000 mahasiswa UiTM kembali ke kampus Mac ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Universiti Teknologi Mara (UiTM) kembali membenarkan semua 170,000 mahasiswanya pulang ke kampus bagi sesi Semester 2021/2022 (Mac – Ogos 2022) bermula 27 dan 28 Mac ini.

Keputusan itu dibuat susulan pengumuman daripada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) berkenaan kemasukan pelajar ke institusi pengajian tinggi bermula bulan depan. Bagaimanapun, sesi pembelajaran bagi semester tersebut berjalan secara hibrid berdasarkan Pelan Tindakan Open and Distance Learning (ODL) 5.0 di kesemua 35 cawangannya seluruh negara.

Naib Canselor, Profesor Datuk Dr. Roziah Mohd. Janor dalam satu kenyataan berkata, kemasukan mahasiswa adalah secara berperingkat dengan mengutamakan mereka berkeperluan dahulu untuk hadir ke kampus mengikut kategori dan kesesuaian kapasiti semua ruang.

“Kemasukan sesi perkuliahan ini bermula pada 28 Mac dan 27 bagi Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor. Segala aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran (PdP) yang melibatkan mahasiswa sepanjang berada di kampus sentiasa dipantau supaya mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan, Majlis Keselamatan Negara dan UiTM dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau menambah, UiTM turut mengambil maklum perkembangan semasa wabak Covid-19 yang masih tidak menentu.

“Dalam konteks ini, aspek keselamatan dan kesihatan mahasiswa menjadi keutamaan universiti dalam memastikan kesediaan serta proses kemasukan dan keberadaan mahasiswa di kampus dirancang dengan teliti dan rapi.“Sehubungan itu, UiTM menyediakan pekeliling rasmi berkenaan tatacara dan jadual kemasukan bagi Pelan Tindakan Perkuliahan ODL 5.0 yang akan dikeluarkan dalam masa terdekat,” ujarnya.

Terdahulu, kerajaan membenarkan kemasukan semula pelajar ke IPT di bawah KPT ke kampus secara berperingkat bermula Mac ini dengan jumlah kemasukan sehingga 100 peratus bergantung kepada kapasiti kampus masing-masing.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memberitahu keputusan itu dibuat dalam Mesyuarat Menteri Kuartet Covid-19 ke – 12 pada 8 Februari lalu.

Kemasukan itu turut melibatkan mahasiswa dan kakitangan yang tidak lengkap vaksinasi, namun perlu membuat ujian saringan RT-PCR dengan keputusan negatif tiga hari sebelum masuk ke kampus. – UTUSAN

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya