Zulkfle penyambung tradisi buat arang - Utusan Malaysia

Zulkfle penyambung tradisi buat arang

ZULKFLE Ismail menyusun arang di hadapan gok di Kampung Gong Beris, Marang, Terengganu, baru-baru ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Kampung Gong Beris di sini, sebelum ini terkenal sebagai lokasi pengeluaran arang di Terengganu, namun kini tradisi itu semakin dipinggirkan dengan hanya tiga pengusaha masih aktif.

Antara pengusaha itu ialah Zulkfle Ismail, 56, yang mewarisi perniagaan berkenaan selepas bapanya meninggal dunia pada 1999.

Menurut Zulkfle, secara purata sebanyak 100 guni arang dihasilkan dalam sebulan dengan berat setiap guni antara 20 hingga 25 kilogram bergantung kepada jenis kayu.

Katanya, proses pembakaran arang dilakukan di tiga gok miliknya yang terletak berdekatan rumah.

“Setiap gok itu mampu menghasilkan antara 40 hingga 50 guni arang dan pemilihan kayu bersesuaian amat penting bagi memastikan hasil berkualiti.

“Antara kayu yang sering menjadi pilihan pengusaha adalah daripada pokok gelam dan leban dengan proses pembakaran mengambil masa kira-kira dua minggu,” katanya ketika ditemui Utusan Malaysia, baru-baru ini.

Zulkfle berkata, walaupun proses pembuatan bahan berkenaan nampak mudah, aktiviti pembakaran perlu sentiasa dipantau agar arang tidak hangus menjadi abu.

Katanya, harga jualan seguni arang ialah RM30 dan kebanyakan pelanggannya terdiri daripada peniaga kedai makan di samping restoran di sekitar Kuala Terengganu. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN