Yawas anjur pertandingan cipta logo  Anak Istimewa Selangor - Utusan Malaysia

Yawas anjur pertandingan cipta logo  Anak Istimewa Selangor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Yayasan Warisan Anak Selangor (Yawas) menawarkan wang tunai RM1,000 kepada pemenang utama pertandingan mencipta logo Anak Istimewa Selangor (ANIS).

Menurut kenyataan Yawas di laman Facebooknya, pertandingan tersebut bermula 12 Januari lalu hingga 28 Januari ini, terbuka kepada warganegara dengan setiap peserta boleh menghantar seberapa sebanyak penyertaan.

“Hanya satu logo dipilih sebagai pemenang. Semua ciptaan mestilah asli dan tidak ditiru atau diciplak daripada mana-mana logo dan slogan tempatan mahupun luar negara,” katanya.

Mereka yang berminat boleh melayari Facebook Yawas dan hantarkan penyertaan kepada [email protected]. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya