Warisan minta komuniti Borneo tukar alamat undi - Utusan Malaysia

Warisan minta komuniti Borneo tukar alamat undi

JUNZ Wong (depan, tiga dari kanan) menerima borang keahlian daripada Wong Siew Poh (depan, tengah) bersama penyokongnya dalam sidang akhbar di Stulang Laut, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Parti Warisan Sabah (Warisan) menyarankan 250,000 masyarakat Borneo yang menetap di semenanjung menukar alamat tempat pengundian mereka menjelang Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Naib Presidennya, Datuk Junz Wong berkata, seruan itu dibuat khusus kepada komuniti berkenaan yang tidak berhasrat  pulang ke kampung halaman bagi mengundi ekoran terdapat komuniti Borneo yang besar di beberapa negeri semenanjung antaranya Johor, Selangor dan Pulau Pinang.

“Kita akui Warisan ada kelebihan di negeri-negeri yang mempunyai komuniti masyarakat Borneo khususnya Sabah kerana mereka tahu perjuangan dibawa Warisan. Kita akan cuba ajak mereka tukar alamat tempat mengundi khususnya yang sudah lama menetap di semenanjung,” katanya dalam sidang akhbar selepas menerima penyertaan bekas Naib Ketua Wanita Gerakan Persekutuan dan Ketua Wanita Gerakan Johor, Wong Siew Poh bersama kumpulan penyokongnya di Stulang Laut, di sini hari ini.

Siew Poh pernah menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Skudai bermula tahun 1995 hingga 1999 sebelum meninggalkan arena politik pada 2006. Ketika ini, Warisan sudah memiliki 85 cawangan di seluruh negara melibatkan lima negeri iaitu Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Perak dan Johor.

Sementara itu, Junz Wong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tanjung Aru berkata, pihaknya sedang mempertimbang untuk meletakkan calon dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor sekiranya diadakan. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya