[VIDEO] Pelajar sekolah buat aksi 'ala Superman' ditahan - Utusan Malaysia

[VIDEO] Pelajar sekolah buat aksi ‘ala Superman’ ditahan

TANGKAP layar video menunjukkan seorang remaja membuat aksi berbahaya ala 'Superman' di Kilometer 24 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Seorang pelajar sekolah ditahan polis selepas membuat aksi berbahaya ala ‘Superman’ di Kilometer 24 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintenden Aidi Sham Mohamed berkata, remaja lelaki berusia 17 tahun yang merupakan pelajar sekolah di kawasan Cheras itu ditahan setelah menyerah diri di Balai Trafik Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson pada pukul 9.45 pagi tadi.

VIDEO rakaman menunjukkan seorang remaja membuat aksi berbahaya ala ‘Superman’ di Kilometer 24 Lebuh Raya Seremban-Port Dickson.

“Remaja itu menyerah diri sejurus selepas mengetahui diburu polis susulan aduan awam diterima pihak IPD Port Dickson iaitu sebuah rakaman video menunjukkan aksi sekumpulan motosikal dengan salah seorang penunggang membuat aksi ‘superman’ dengan meletakkan kaki di atas motosikal pada 29 Januari lalu.

“Polis kemudian mengesan sebuah motosikal jenis Modenas Kriss yang membuat aksi berbahaya itu semalam,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Aidi Sham, kes disiasat bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu atau menunggang secara melulu dan bahaya.

“Jika didapati bersalah boleh dikenakan hukuman penjara kurang lima tahun dan denda RM5,000-RM15,000 dan hilang kelayakan lesen memandu lebih lima tahun,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya