[VIDEO] Isteri direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh suami - Utusan Malaysia

[VIDEO] Isteri direman tujuh hari bantu siasatan kes bunuh suami

SEORANG wanita direman tujuh hari di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh suaminya dalam kejadian yang berlaku di Rasah Kemayan, Seremban 2, petang semalam. - UTUSAN/MOHD. SHAHJEHAN MAAMIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Seorang wanita yang dipercayai bertindak menikam suaminya dalam kejadian di sebuah rumah banglo di Rasah Kemayan Seremban 2 di sini direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes tersebut.

Perintah reman bermula hari ini hingga 30 Januari depan itu dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret, Emysuriana Muhammad Subry di Mahkamah Khas Reman di sini hari ini.

Reman terhadap wanita berusia 55 tahun tersebut bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

SEORANG wanita berusia 55 tahun direman tujuh hari di Kompleks Mahkamah Seremban hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh suaminya. – UTUSAN/NOR SHAFAWATI YUP

Terdahulu, suspek tiba di pekarangan Kompleks Mahkamah Seremban kira-kira pukul 10.15 pagi dengan diiringi pegawai polis dan memakai baju lokap berwarna ungu dan berseluar jingga.

Semalam Utusan Malaysia melaporkan, seorang lelaki maut selepas dipercayai ditikam isterinya dalam satu kejadian di Rasah Kemayan, Seremban 2 di sini petang semalam.

Pihak polis menerima panggilan kecemasan daripada anak perempuan mangsa berusia 18 tahun memaklumkan bapanya telah ditikam di bahagian dada dalam kejadian pada pukul 4.11 petang.

Mangsa berusia 55 tahun itu tidak bekerja dan sebelum ini bertugas sebagai bekas akauntan syarikat swasta manakala isterinya merupakan suri rumah.

Pemeriksaan awal pada tubuh mangsa mendapati terdapat dua kesan tikaman di dada kiri dan pinggang kirinya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, berdasarkan siasatan awal punca kejadian dipercayai bermotifkan masalah kewangan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya