[VIDEO] ‘Budak Rohingya’ sudah ditangkap oleh pihak berkuasa - Utusan Malaysia

[VIDEO] ‘Budak Rohingya’ sudah ditangkap oleh pihak berkuasa

TANGKAP layar pihak berkuasa menahan budak Rohingya di sekitar ibu negara. - MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kisah beberapa kanak-kanak peminta sedekah berbangsa Rohingya menjadi topik bualan hangat warganet di media sosial.

Sebuah video dimuat naik oleh akaun TikTok @fifi_story07, menunjukkan beberapa gambar kanak-kanak tersebut dipercayai sudah ditahan pihak berkuasa, semalam.

“Sudah kena kutip. Harap kutip mereka semua ini hantar tempat asal masing-masing. Duduk di negara orang buat perangai macam ini.

VIDEO memaparkan gambar-gambar pengemis kanak-kanak berbangsa Rohingya ditangkap oleh pihak berkuasa. – MEDIA SOSIAL

Dengar cerita Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Kuala Lumpur turun operasi pengemis hari ini. Dapat pengemis di lampu isyarat, depan Perkeso, KLCC dan Ampang Point,” katanya.

Menjengah ruangan komen, rata-rata warganet mengakui berpuas hati dengan tindakan pantas pihak berkuasa dan berharap dihantar semula ke negara asal mereka dengan kadar segera.

“Cadangan saya kutip semua. Letak mereka di dalam kem seperti kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN). Beri mereka buat kerja seperti kraf tangan, ada juga menjana pendapatan negara,” jelas @DatuuSyedAlias.

Seorang pengguna, @Noridah_Idah berkata, pihak berkuasa perlu mengutip semua pengemis sehingga habis agar tidak membiak dan menjadi masalah sosial negara.

“Terbaik pihak bertanggungjawab. Teruskan khidmat cemerlang untuk ketenangan rakyat. #kamisempoi,” katanya @KangNoh.

“Ini jalan penyelesaian sementara sahaja, mahu impak lebih berkesan kutip ketua sindiket sekali,” katanya @najib.GHANI.

“Teruskan, bantu pihak berwajib dan kongsi lokasi serta kawasan mereka kutip derma. Kasi bersih semua,” katanya @S.H.A.H.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN