Vaksin Covid-19: Ambil serius aduan kesihatan rakyat sebelum disuntik  - Utusan Malaysia

Vaksin Covid-19: Ambil serius aduan kesihatan rakyat sebelum disuntik 

ENGKU NOORASIKIR Engku Lah (kiri) menyampaikan sumbangan kepada Azimiyah Yaakob di kediamannya di Kuantan, Pahang. - UTUSAN/SHAIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Pihak berwajib khususnya kakitangan klinik dan hospital diminta mengambil serius setiap aduan rakyat tentang tahap kesihatan mereka sebelum diberikan suntikan vaksin Covid-19.

Isteri Pengerusi Eksekutif Trizure International Malaysia Sdn. Bhd., Datin Seri Engku Noorasikir Engku Lah berkata, ia penting bagi memastikan tiada kesan sampingan dialami penerima vaksin berkenaan.

“Sepertimana terjadi kepada Azimiyah Yaakob apabila kulitnya dinaiki gelembung air dan gatal-gatal keseluruhan badan serta kulitnya terbakar selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19, kita tidak mahu ia berulang. 

“Seperti dimaklumkan Azimiyah, dia ada memberikan maklum balas mengalami muntah-muntah, sakit kepala yang berpanjangan serta demam selepas suntikan dos pertama vaksin itu , namun ia tidak diambil serius,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 

Sebelum ini, Utusan Malaysia menyiarkan penderitaan dialami Azimiyah, 49, apabila kulitnya dinaiki gelembung air dan gatal-gatal keseluruhan badan serta kulitnya terbakar yang dialami selepas menerima dos kedua vaksin Covid-19. 

Ibu kepada seorang anak itu mendakwa, dia mengalami sakit kepala, gatal dan sakit keseluruhan badan serta badan mula berkudis, luka ditempat gatal dan mula naik gelembung-gelembung air.

Azimiyah mendakwa, dia mendapatkan rawatan di sebuah hospital di sini pada 25 November tahun lalu dan doktor pakar kulit yang merawatnya mengesahkan bahawa ia kesan vaksin Covid-19.

“Saya juga telah membuat laporan polis berhubung perkara ini dan saya juga ada surat daripada doktor pakar yang mengesahkan apa yang saya alami adalah kesan vaksin Covid-19,” dakwa Azimiyah. 

Terdahulu, Azimiyah menerima kunjungan Engku Noorasikir yang hadir menyampaikan sumbangan bagi meringankan beban ditanggungnya.

Engku Noorasikir berharap pihak klinik dan hospital mengambil serius setiap aduan rakyat tentang tahap kesihatan mereka bagi mengelak kejadian menimpa Azimiyah berulang. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.