Usaha Muhyiddin rintis PPN membuahkan hasil - Utusan Malaysia

Usaha Muhyiddin rintis PPN membuahkan hasil

WAN SAIFUL WAN JAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang dirintis Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin membuahkan hasil apabila negara kini sudah mula bergerak keluar daripada krisis Covid-19.

MUHYIDDIN YASSIN

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Wan Saiful Wan Jan berkata, justeru semua rakyat perlu mendoakan agar Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terus diberi kekuatan untuk meneruskan legasi memacu Malaysia ke arah yang berdaya saing dan makmur. 

Katanya, bencana banjir yang melanda negara menunjukkan betapa perlunya seluruh rakyat bergerak untuk bersama-sama dalam membina tanah air manakala kesatuan itulah membolehkan bersama-sama membangunkan Malaysia tercinta ini.

“Contohnya dalam menangani bencana banjir, yang terkehadapan adalah individu-individu serta NGO-NGO (pertubuhan bukan kerajaan) dari seluruh negara, di samping semua petugas daripada pelbagai agensi. 

“Mereka adalah wira-wira yang tidak didendang, membanting tulang setiap hari membantu rakyat. Mereka menunjukkan contoh murni untuk kita teladani. Budaya khidmat ini mesti terus disuburkan agar mengakar sebagai cara hidup kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, Wan Saiful berkata, Bersatu harus menjadikan 2022 sebagai tahun untuk mempamerkan kebolehan parti itu menjadi alternatif yang jelas dipilih rakyat dengan proses itu mesti bermula dengan penyusunan saf dan pembaikan kualiti kerja setiap warga parti.

“Ketersusunan dalam berorganisasi di semua peringkat parti mesti menjadi sama hebat dengan semangat yang memacu kerja kita dalam Bersatu sejak lima tahun lalu. Masa untuk ujian sebenar semakin hampir. Hari ini sudah masuk tahun 2022, jika pengukuhan organisasi setempat belum dimulakan, hari inilah sepatutnya kita bermula,” katanya.

Wan Saiful kemudian mengingatkan mengenai susunan sebuah organisasi dalam Bersatu yang wajar diutamakan dalam memperjuangan agenda parti.

“Itulah hakikatnya. Tak kira sesuci mana sekalipun mesej yang kita bawa, tidak kira seikhlas mana sekalipun niat perjuangan kita, jika kita tidak mengatur organisasi menjadi seumpama bangunan yang tersusun rapi, maka biasanya yang menanti adalah kekalahan,” jelas beliau.

Jelasnya lagi, Bersatu mempunyai sejarah yang unik kerana ditubuhkan atas semangat reformasi institusi di samping budaya politik khidmat, politik integriti, politik amanah dan bermaruah hingga hari ini. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya