Unimap terus komited dekati komuniti - Utusan Malaysia

Unimap terus komited dekati komuniti

TUANKU SYED FAIZUDDIN PUTRA JAMALULLAIL bersama Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil pada majlis santapan malam Tuanku Canselor bersama ketua-ketua jabatan Unimap 2022 di Bangunan Canselori Kampus Alam Pauh Putra, Arau, Perlis hari ini.- UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU : Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail berharap Universiti Malaysia Perlis (Unimap) terus komited mendekati komuniti dengan Program Tanggungjawab Sosial Universiti (USR) dan pemindahan ilmu berimpak tinggi.

Titah baginda, hal demikian bagi mengatasi pelbagai isu sosial dan kesejahteraan masyarakat dengan memperkasakan UniMAP4Society. 

“Inisiatif tersebut sekali gus memberi peluang kepada universiti untuk memperluaskan lagi peranan dan menjadi duta akademik di luar persekitaran universiti,” titah baginda.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan berangkat menghadiri majlis santapan malam Tuanku Canselor bersama ketua-ketua jabatan Unimap 2022 di Bangunan Canselori Kampus Alam Pauh Putra di sini hari ini.

Keberangkatan tiba baginda bersama Raja Puan Muda Perlis merangkap Pro Canselor universiti tersebut, Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil disambut oleh Naib Canselor Unimap, Prof. Dr Zaliman Sauli dan timbalan-timbalan Naib Canselor serta pengurusan tertinggi universiti berkenaan.

Seterusnya, baginda menyarankan supaya pihak Unimap terus memantapkan kolaborasi dengan lebih banyak rakan industri yang dapat memanfaatkan penyelidikan dan inovasi.

“Seterusnya meyakinkan mereka tentang manfaat yang bakal diperolehi daripada kerjasama bersama universiti berkenaan. Antaranya ialah ilmu penyelidikan yang diterjemah kepada produk atau perkhidmatan baharu yang mampu meningkatkan ekonomi,” titah baginda. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya