Tuduhan bunuh, mekanik terlepas hukuman gantung - Utusan Malaysia

Tuduhan bunuh, mekanik terlepas hukuman gantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Seorang mekanik terlepas hukuman mati di tali gantung selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh seorang lelaki, enam tahun lalu.

Pesuruhjaya Kehakiman, Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet membuat keputusan itu pada akhir kes pendakwaan selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Othman Abu Bakar Amri.

OTHMAN Abu Bakar Amri (kiri) bersama peguamnya, V. Santhiran selepas Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini melepas dan membebaskannya daripada tuduhan membunuh seorang lelaki, enam tahun lalu. – UTUSAN

Mengikut pertuduhan, lelaki berusia 34 tahun itu didakwa membunuh Zamri Shafiei, 42, di kawasan bengkel motosikal di Felda Sungai Behrang, Slim River antara pukul 11 hingga 11.55 malam, 23 Disember 2015.

Pertuduhan ke atasnya dikemukakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Jean Sharmila dan tertuduh diwakili peguam, V. Santhiran. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya