Tiada tren komuter tambahan sempena Thaipusam - Utusan Malaysia

Tiada tren komuter tambahan sempena Thaipusam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) tidak menyediakan perkhidmatan tren Komuter tambahan bersempena dengan sambutan perayaan Thaipusam, Selasa ini.

 Menurut hantaran menerusi laman sosial rasmi operator rel tersebut, tiada perkhidmatan 24 jam ditawarkan kepada mereka yang ingin menuju ke stesen terakhir di Batu Caves, Selangor.

 “Perkhidmatan tren Komuter hanya akan menggunakan jadual waktu hari bekerja seperti biasa untuk operasi kesemua laluan destinasi tren itu sepanjang hari berkenaan,” kata KTMB.

 Ini adalah kali kedua berturut-turut perkhidmatan tersebut ditiadakan selepas tahun lalu susulan kebimbangan penularan wabak Covid-19 terutama jangkitan varian baharu, Omicron.

 Pengangkutan awam rel itu menjadi pilihan utama penganut agama Hindu kerana jarak dari stesen KTMB Batu Caves ke kuil Batu Malai Sri Subramaniar di situ hanya sejauh 500 meter. Pada masa sama, kemudahan tren tersebut berjaya mengurangkan situasi kesesakan trafik teruk di sekitar kompleks kuil itu yang turut terkenal dalam kalangan pelancong luar negara. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN