Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO ditentukan masa terdekat  - Utusan Malaysia

Tarikh baharu Perhimpunan Agung UMNO ditentukan masa terdekat 

AHMAD Maslan (dua dari kiri) bersama Ketua UMNO Bahagian Tampin, Datuk Mohd. Isam Mohd. Isa (kiri) membantu menyediakan makanan pada Program Gotong-royong Perdana di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, Tampin hari ini. - UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TAMPIN: Satu mesyuarat Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO akan diadakan pada 12 Januari ini bagi membincangkan tarikh baharu pelaksanaan Perhimpunan Agung UMNO 2021.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jangkaan bilakah perhimpunan tersebut diadakan juga belum ditetapkan namun ia diputuskan dalam masa terdekat.

Jelas beliau, fokus UMNO pada ketika ini adalah untuk membantu mangsa yang terjejas dan terkesan dengan bencana banjir di seluruh negara.

“Jangkaan tarikh Perhimpunan Agung UMNO belum ada lagi tetapi 12 Januari ini, kami akan adakan mesyuarat MKT untuk melihat tarikh sesuai untuk dilaksanakan, apa yang pasti bukan Januari ini.

“Saya sudah maklumkan kepada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) berhubung perkara (penangguhan) ini,” katanya ketika ditemui pemberita pada Program Gotong-royong Perdana di Taman Pinggiran Sungai Kelamah, di sini hari ini.

Sebelum ini, UMNO memutuskan Perhimpunan Agung UMNO 2021 yang dijadualkan pada 12 hingga 15 Januari depan ditangguhkan ke suatu tarikh yang akan dimaklumkan susulan bencana banjir yang melanda negara.

Dalam pada itu, Ahmad berkata, masih terdapat dua Bahagian UMNO iaitu Kota Raja dan Klang yang masih tidak dapat mengadakan Mesyuarat Perwakilan Bahagian kerana terjejas banjir. 

“UMNO Bahagian yang masih belum mengadakan mesyuarat agung berikutan banjir diharap dapat mengadakannya pada hujung bulan ini setelah keadaan kembali reda,” katanya.

Sementara itu, jelas beliau, sejak 20 Disember tahun lalu sehingga ke hari ini, sukarelawan UMNO dan Skuad Sabil telah bergerak ke 21 buah bahagian bagi menghulurkan bantuan kepada mangsa banjir.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya