#TangkapAzamBaki: Tiga unit FRU bersedia

#TangkapAzamBaki: Tiga unit FRU bersedia

TIGA unit FRU ditempatkan pekarangan Stesen LRT Bangsar sebagai persediaan terhadap sebarang kemungkinan yang akan berlaku.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Sebanyak tiga unit Federal Reserve Unit (FRU) mula ditempatkan pekarangan Stesen Aliran Transit Ringan (LRT) Bangsar.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, perkara itu dipercayai bagi persediaan terhadap sebarang kemungkinan susulan himpunan mendesak Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Tan Sri Azam Baki ditangkap serta-merta.

Slogan ‘Tangkap Azam Baki’ bergema dengan para peserta berbaju hitam sambil melaungkan slogan itu dan Hidup Rakyat.

Para peserta turut sama membawa kain rentang yang turut sama tertera slogan Tangkap Azam Baki dan imej Ketua Pesuruhjaya SPRM itu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN