Hujan lebat ragut 30 nyawa di utara Pakistan

Hujan lebat ragut 30 nyawa di utara Pakistan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PESHAWAR: Hujan monsun lebat mencetuskan tanah runtuh dan banjir kilat di utara Pakistan, mengorbankan sekurang-kurangnya 30 nyawa dan menyebabkan ramai lagi terperangkap dalam runtuhan rumah mereka.

Wilayah pergunungan Khyber Pakhtunkhwa merekodkan 23 kematian dalam tempoh 24 jam lalu, manakala tujuh lagi maut di Kashmir yang ditadbir Pakistan, menurut pihak berkuasa pengurusan bencana, hari ini.

Daerah Bajaur di barat laut paling teruk terjejas apabila hujan luar biasa menghanyutkan beberapa rumah, menyebabkan 16 orang terbunuh dan lebih 20 lagi terperangkap.

Jabatan meteorologi mengeluarkan amaran hujan lebat untuk kawasan barat laut, sambil menggesa penduduk mengelakkan berada di kawasan berisiko.

Musim monsun tahunan menyumbang 70 hingga 80 peratus hujan di Asia Selatan, penting bagi pertanian dan keselamatan makanan, namun sering membawa kemusnahan.

Pada 2022, banjir monsun menenggelamkan satu pertiga wilayah Pakistan dan meragut 1,700 nyawa.- AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

×