Tangani segera isu guru interim - Utusan Malaysia

Tangani segera isu guru interim

MOHD AZIZEE HASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kementerian Pendidikan (KPM) perlu mengutamakan guru interim yang terlatih untuk ditempatkan ke perjawatan tetap bagi memastikan pengalaman dan kemahiran pengajar sandaran tidak disia-siakan.

Presiden Ikatan Guru-Guru Muslim Malaysia (iGuru), Mohd. Azizee Hasan berkata, perlu ada jaminan kepada guru interim kerana tiada kepastian walaupun sudah lengkap denggan pengalaman dan latihan tetapi kontrak mereka tidak dilanjutkan.

Menurut beliau, KPM perlu mengambil langkah proaktif dan konstruktif untuk menyelesaikan nasib guru interim demi kelangsungan sistem pendidikan negara dan membina pelajar-pelajar yang cerdas serta cerdik.

“iGuru menggesa KPM mengutamakan guru interim yang terlatih untuk ditempatkan ke perjawatan tetap. Ini bagi memastikan pengalaman dan kemahiran mereka dapat dimanfaatkan semaksimal mungkin.

“Meskipun Yang Berhormat (YB) Menteri Kanan telah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), tidak ada satu jaminan yang konkrit diberikan oleh Datuk Dr. Radzi Jidin dan SPP terhadap isu ini,” katanya dalam  satu kenyataan,

Terdahulu, akhbar melaporkan, Pengerusi SPP, Datuk Seri Dr. Mazlan Yusoff memberi jaminan menyelesaikan sepenuhnya pengambilan khas secara ‘one-off’ bagi 18,702 pegawai perkhidmatan pendidikan.

Mohd. Azizee berkata, guru sandaran yang berstatus DC41 ditempatkan di pelbagai sekolah bagi menampung kekurangan guru dan mendapat hampir keseluruhan keistimewaan sebagai penjawat awam guru (DG) kecuali beberapa aspek seperti elaun perumahan, cuti bersalin dan lain-lain.

Jelasnya, nasib kumpulan guru tersebut tidak mendapat pembelaan selepas menabur bakti untuk mengajar dan pada masa yang sama perlu mengikuti latihan ikhtisas di institut pendidikan guru (IPG) secara Kursus Dalam Cuti (KDC).

“Apa yang menyedihkan adalah apabila iGuru sendiri menerima pelbagai aduan dan mendapat maklum balas berkaitan isu guru interim seperti mana yang hangat diperbincangkan di media sosial.

“Dakwa mereka, ramai daripada golongan guru interim tidak dilanjutkan kontrak mereka meskipun sudah menamatkan latihan ikhtisas mereka,” ujarnya. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya