Tak boleh sentuh pemegang kad UNHCR? - Utusan Malaysia

Tak boleh sentuh pemegang kad UNHCR?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tindakan golongan imigran mengutip sedekah di persimpangan lampu isyarat menimbulkan kegelisahan warganet kerana menerusi klip-klip rakaman yang tular di media sosial ia memaparkan keganasan oleh golongan tersebut.

Seorang warga net, khrln_ memuat naik gambar golongan tersebut menerusi akaun Twitter dan memaklumkan sudah menghubungi Polis Diraja Malaysia (PDRM) namun pihak berkuasa itu tidak dapat mengambil tindakan.

Jelasnya, golongan pelarian yang mengutip derma di kawasan berbahaya itu mempunyai kad Pesuruhjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu untuk Pelarian (UNHCR) hingga menyebabkan tiada tindakan boleh diambil kepada golongan tersebut.

“Nak pergi Ampang Point tadi pun kena. Hubungi bilik gerakan PDRM diorang cakap tak boleh buat apa, PDRM tidak boleh tahan mereka sebab diorang ni ada kad UNHCR.

“Jabatan kerajaan terlibat kena duduk semeja bincang dan cari penyelesaian tentang isu ini. Ke nak tunggu budak-budak tu nak kena langgar baru ada tindakan? Nanti yang melanggar pula dipersalahkan,” ciapnya menerusi laman Twitter.

Rata-rata netizen mempersoalkan kenapa tindakan tidak boleh diambil terhadap golongan tersebut yang secara terangnya membahayakan diri sendiri dan pengguna-pengguna jalan raya lain.

“Tak boleh buat apa? Hello, sudah mengganggu lalu lintas kot…yang jual mangga asam boi tu siap saman lagi kan…yang ni takkan tak boleh buat apa?” ciap nodame92.

“Sepatutnya jabatan mana yang berkenan terangkan kat berita kelebihan kad UNHCR ni. Apa yang boleh apa yang tak boleh. Tak ada la PDRM pening kejap boleh kejap tak boleh. Dulu aku sebagai penyelia dia orang pun pusing apa yang boleh apa tak boleh,” ciap SyahaizatS.

“Ada kad UNHCR pun boleh tahan untuk kes selain dari kes imigresen. Tahan bukan sebab diorang langgar undang-undang imigresen, tetapi melanggar undang-undang sebab mengganggu ketentraman dan melakukan khianat,” ciap axavier_93.

“Eleh letak kereta tepi jalan sikit dah kena saman, ni budak ni asyik berkeliaran tunjuk jari tengah sana sini, mengganggu lalu lintas pula tu PDRM tak boleh buat apa?”  ciap ImiaNurliyanaa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya