'Superman' akhirnya ‘mendarat’ di IPD Tangkak  - Utusan Malaysia

‘Superman’ akhirnya ‘mendarat’ di IPD Tangkak 

SEKUMPULAN mat rempit yang melakukan aksi 'superman' ditahan dalam Op Samseng Jalanan awal pagi ini di sekitar Parit Bunga, Tangkak di Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANGKAK: Aksi ‘superman’ dan ‘zig zag’ pada awal pagi oleh sekumpulan mat rempit berakhir apabila mereka ditahan dalam Operasi Bersepadu samseng jalanan awal pagi, di sini hari ini.

Sekumpulan mat rempit yang melakukan aksi berbahaya dengan menunggang ‘motor kapcai’ di beberapa laluan utama itu dikesan sepasukan pegawai dan anggota polis yang di antaranya melakukan penyamaran.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintenden Mohd. Fadhil Minhat berkata, seramai enam lelaki berusia antara 17 hingga 25 tahun ditahan Unit Risikan dan Operasi Jabatan Siasatan Penguatkuasan Trafik (JSPT) Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Tangkak bermula pada pukul 11 malam hingga 7 pagi ini.

“Mereka dikesan menunggang motosikal dengan aksi berbahaya seolah-olah aksi ‘sarkas’ dan ‘wheely’ di sekitar ‘hotspot’ laluan jalan di Parit Bunga.

“Dalam operasi ini juga, suspek turut berlumba sesama sendiri sehingga boleh mendatangkan bahaya dan kacau kepada pengguna yang lain dan juga diri sendiri. Suspek diekori polis sebelum ditahan di beberapa lokasi di sekitar Parit Bunga,” katanya di sini, hari ini.

Mohd. Fadhil berkata, semua tahanan dibawa ke IPD Tangkak untuk tindakan lanjut mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tambahnya, pihak polis turut menyita sebanyak 18 buah motosikal serta mengeluarkan saman atas pelbagai kesalahan jalan raya dan pengubahsuaian motosikal dalam operasi itu selain penunggang tidak memiliki lesen.

“Pihak polis akan sentiasa membuat pemantauan dan operasi berterusan mencegah kegiatan ini selain memastikan jalan raya selamat untuk pengguna lebuh raya sekitar Tangkak dan lainnya,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya