SPRM tahan pengarah syarikat kemuka dokumen palsu - Utusan Malaysia

SPRM tahan pengarah syarikat kemuka dokumen palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang pengarah sebuah syarikat bagi membantu siasatan kerana disyaki mengemukakan dokumen palsu berhubung tuntutan berjumlah lebih RM25,000 kepada sebuah kementerian di Putrajaya.

Menurut sumber, suspek wanita yang berusia 47 tahun itu ditahan di pejabat SPRM Johor Bahru pada pukul 2 petang tadi selepas hadir memberikan keterangan.

Difahamkan, suspek mengemukakan dokumen palsu kepada sebuah kementerian di Putrajaya bagi proses tuntutan pembayaran balik subsidi minyak masak sawit tulen.

Suspek difahamkan telah mengemukakan dokumen palsu berbentuk invois dengan menggunakan nama syarikat lain kepada kementerian terbabit bagi proses tuntutan tersebut, sepanjang tahun 2019.

Sementara itu, Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias ketika dihubungi mengesahkan penahanan terbabit dan berkata kes disiasat di bawah Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Suspek akan dibawa ke Mahkamah Majistret Johor Bahru, esok bagi mendapatkan permohonan reman.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN