Siasatan kes rogol budak 13 tahun selesai - Utusan Malaysia

Siasatan kes rogol budak 13 tahun selesai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Polis selesai menjalankan siasatan kes remaja perempuan berusia 13 tahun dipercayai dirogol kenalan lelaki yang dikenalinya menerusi laman sosial di Selama.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata, kertas siasatan bagi kes berkenaan telah dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk tindakan lanjut.

“Kertas siasatan sudah selesai dan telah dirujuk kepada pihak TPR. Kita tunggu arahan lanjut daripada mereka (TPR) untuk tindakan susulan,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Menerusi laporan media Sabtu lalu, Mior Farid berkata, suspek berusia lingkungan 30-an itu ditahan polis Selasa lalu, bagi membantu siasatan kes rogol.

MIOR FARIDALATRASH WAHID

Suspek dan mangsa berkenalan melalui aplikasi Instagram (IG) sejak setahun lalu dan kejadian itu dikatakan terbongkar apabila ibu mangsa mencurigai mesej pada telefon bimbit anaknya sebelum membuat laporan polis.

Sementara itu dalam perkembangan berlainan, beliau berkata, pihaknya menunggu laporan forensik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) berkaitan kejadian kebakaran kedai memproses kacang putih di Kampung Kacang Putih, Buntong semalam.

Katanya, laporan forensik itu akan menentukan punca sebenar kebakaran tersebut.

“Jika kebakaran itu berpunca daripada perbuatan khianat, maka siasatan akan diambil alih pihak polis.

“Kalau kebakaran biasa disebabkan litar pintas atau sebagainya, kita serahkan kepada bomba untuk sediakan laporan. Polis tidak masuk campur siasatan yang dijalankan bomba. Setakat ini, kita belum dapat maklumat terdapat unsur sabotaj,” katanya.

Dalam kejadian sekitar pukul 1 pagi itu, sebuah rumah dua tingkat yang terletak bersebelahan kedai tersebut turut rosak selain sebuah motosikal dan van.

Kebakaran itu bagaimanapun tidak melibatkan kecederaan atau kemalangan jiwa.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya