Siasatan ADUN didakwa buat gangguan seksual lengkap minggu ini - Utusan Malaysia

Siasatan ADUN didakwa buat gangguan seksual lengkap minggu ini

RASMAN ITHNAIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Siasatan berhubung kes gangguan seksual membabitkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sedili, Rasman Ithnain terhadap seorang wanita yang juga Ahli Jawatankuasa Srikandi Bersatu, Bahagian Kota Tinggi dijangka dilengkapkan minggu ini.

Ketua Polis Johor, Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata, setakat ini sudah beberapa individu dipanggil untuk merakam keterangan berkaitan dakwaan tersebut.

Katanya, ADUN berkenaan serta wanita yang mẹmbuat laporan itu juga telah dipanggil bagi melengkapkan siasatan yang dijalankan.

“Setakat ini, siasatan masih dijalankan dan beberapa individu telah kita panggil untuk merakam percakapan berhubung kes ini. Kita masih lagi menyiasat, insya-Allah siasatan dilakukan secara adil dan mungkin memerlukan masa dua tiga hari untuk selesaikan siasatan ini,” katanya pada sidang akhbar di Ibu pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor, di sini hari ini. 

Semalam, Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora mengesahkan menerima laporan polis dibuat wanita berusia 26 tahun itu di Balai Polis Kota Tinggi.

Menerusi laporan tular itu, mangsa mendakwa telah diganggu secara seksual ketika hadir ke program dihadiri ADUN berkenaan bermula dengan kejadian pertama pada 2 Januari lalu namun bertindak mendiamkan diri kerana takut berlaku perkara yang tidak diingini.

Kejadian kedua dan ketiga pula berlaku pada 3 dan 12 Januari namun mangsa mendakwa tidak berani untuk menceritakannya kerana memikirkan status selain bimbang dinafikan perkara itu.

Mangsa akhirnya nekad untuk membuat laporan polis selepas diraba di bahagian sulit pada kejadian terakhir berlaku, 13 Januari lalu.

Akhbar sebelum ini melaporkan Rasman yang juga Ketua Bersatu Bahagian Kota Tinggi menafikan tuduhan gangguan seksual yang dibuat berkenaan.

Rasman berkata, dakwaan berkenaan dilihat sebagai konspirasi politik dan cubaan untuk menjatuhkan maruahnya serta mencalar reputasinya selaku seorang wakil rakyat.

Tambahnya beliau juga bersedia untuk memberikan kerjasama penuh sepanjang proses siasatan berjalan demi memastikan keadilan dapat ditegakkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.