Setiap anggota Kabinet ada peranan - PM - Utusan Malaysia

Setiap anggota Kabinet ada peranan – PM

ISMAIL Sabri Yaakob ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet di Perdana Putra, Putrajaya. - FOTO FB ISMAIL SABRI YAAKOB
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Setiap anggota Kabinet diingatkan bahawa semua orang mempunyai peranan masing-masing dalam menghadapi krisis kesihatan, ekonomi dan bencana yang melanda negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yakin dan percaya dengan tumpuan dan dedikasi daripada semua, cabaran tersebut dapat dilalui dengan tenang, sebagai sebuah Keluarga Malaysia.

Beliau membangkitkan demikian ketika mempengerusikan mesyuarat Kabinet pertama tahun 2022 di Perdana Putra, di sini hari ini.

“Antara penekanan mesyuarat adalah isu pengurusan banjir dan pasca banjir, serta isu penangguhan ibadah umrah bagi jemaah Malaysia, atas sebab penularan varian Omicron di Tanah Suci.

“Berikutan bencana banjir negara, saya akan pastikan setiap pihak menggalas tugas sebaiknya dalam melancarkan urusan pemberian bantuan-bantuan kerajaan. Segala bantuan yang telah diumumkan mesti disegerakan,” katanya dalam Facebook beliau hari ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan berhubung spekulasi rombakan Kabinet dan melantik seorang Timbalan Perdana Menteri minggu hadapan.

Menurut sumber, kebanyakan menteri dan timbalan menteri sudah mengetahui perkara tersebut.

Bagaimanapun, kata sumber berkenaan, rombakan itu masih dalam proses ‘tawar-menawar’ untuk memutuskan siapa kekal, siapa ganti atau siapa digugurkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya