Semua pusat pemindahan sementara ditutup di Terengganu - Utusan Malaysia

Semua pusat pemindahan sementara ditutup di Terengganu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Banjir gelombang ketiga di Terengganu kembali pulih selepas pusat pemindahan sementara (PPS) terakhir di Kemaman ditutup hari ini.

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri berkata, PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor yang menempatkan sembilan mangsa daripada tiga keluarga itu mulai ditutup pukul 12 tengah hari.

“Walaupun PPS tidak lagi beroperasi, namun pihak jawatankuasa bencana di setiap daerah masih dalam kesiapsiagaan menghadapi monsun Timur Laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu, PPS Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga di Kemaman turut ditutup pada pukul 10 pagi ini.

Katanya, kesemua penduduk itu terjejas akibat fenomena air pasang besar dan banjir termenung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN