Selangor Pistons kecewakan 'abang Bomba' - Utusan Malaysia

Selangor Pistons kecewakan ‘abang Bomba’

AKSI Emas Anuar Liga sepak Takraw (STL) 2022.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Selangor Pistons terus menunjukkan aksi konsisten apabila berjaya meraih kemenangan kedua musim ini dalam aksi Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/2022 di Stadium Titiwangsa dekat sini.

Bagaimanapun, Selangor Pistons terpaksa diheret ke set penentuan sebelum berjaya menundukkan juara divisyen 1 musim lalu itu dengan keputusan berakhir 18-21, 21-16, 21-12.

Selangor yang beraksi baik minggu lalu tidak menyenaraikan pemain berpengalaman, Farhan Adam pada set pertama jelas menunjukkan rentak permainan selangor sedikit terjejas.

Menyedari kekurangan itu, jurulatih pasukan, Zamzee Zainuddin memantapkan pertahanan Selangor dengan memasukan Farhan Adam di set kedua.

Tindakan tersebut ternyata membuahkan hasil apabila Selangor berjaya menundukkan Bomba di set kedua dan di set penentuan.

Cabaran sengit menanti Selangor apabila bertemu Penang Black Panther esok sebelum bertemu juara bertahan, Kuala Lumpur (KL) Thunder pada hari Ahad.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya