Sedia hadapi kenaikan minyak masak peket bersubsidi - Utusan Malaysia

Sedia hadapi kenaikan minyak masak peket bersubsidi

Kerajaan menanggung subsidi tinggi dengan pengeluaran minyak masak peket, - GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Para pengguna perlu bersedia menghadapi kenaikan harga minyak masak peket bersubsidi berikutan kekurangan bekalan minyak masak tersebut di pasaran.

Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam (CASSA), Datuk Dr. Jacob George berkata, pihaknya mengakui rakyat kini terbeban dengan kekurangan bekalan minyak masak peket bersubsidi terutamanya buat mereka yang mahu bangkit semula dengan menjalankan perniagaan selepas pandemik Covid-19.

Bagaimanapun katanya, kenaikan kadar minyak masak peket bersubsidi itu difikirkan sesuai buat sementara waktu bagi menghadapi musim perayaan selepas ini sehingga ekonomi, liputan logistik dan mana-mana syarikat yang terjejas dengan banjir kembali pulih seperti sediakala.

“Hasil perbincangan bersama pemain industri, mereka memberitahu yang mereka juga mempunyai masalah dari segi operasi kerana tidak cukup sumber manusia, tak cukup bekalan seperti kandungan masakan, maka sekiranya mahu bekalan minyak masak itu dipercepatkan, perlunya kenaikan kos operasi.

“Jika pengguna mahu cepat, bekalan mencukupi dan harga yang begitu munasabah seperti dahulu, maka, itu susah dalam keadaan sekarang, jadi, adakah pengguna kita bersedia untuk kos meningkat atau kerajaan beri subsidi buat industri untuk meringankan masalah operasi mereka?

“Cadangan saya, kita bincang bersama industri dan pihak kerajaan bagi melicinkan satu kenaikan, namun, dalam masa sama kita kena pastikan kenaikan itu boleh mengatasi kos operasi serta bekalan tak cukup yang hanya bersifat sementara,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia, semalam.

Rabu lepas, media melaporkan, peruncit di sekitar Lembah Klang mendakwa bekalan minyak masak bersubsidi sekilogram amat sukar diperoleh daripada pemborong sejak Disember tahun lalu.

Menurut Dr. Jacob, kenaikan kadar harga itu juga semestinya tidak membebankan pengguna dan dalam masa juga tidak membebankan industri pengeluar bekalan minyak masa tersebut.

Katanya, harga-harga kos operasi pada industri perlu dilihat satu per satu bagi mencari satu kadar kenaikan yang menang-menang antara pengguna dan industri.

Tambah beliau, sekiranya berlaku kenaikan minyak masak peket selepas ini, kerajaan berkemungkinan dapat memberi subsidi khas buat golongan B40 terutamanya mereka yang tidak menjalankan apa-apa perniagaan bagi meringankan beban mereka.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya