SC sahkan Azam pemilik akaun, tiada pelanggaran Seksyen 25(4) SICDA 1991 - Utusan Malaysia

SC sahkan Azam pemilik akaun, tiada pelanggaran Seksyen 25(4) SICDA 1991

AZAM BAKI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) tampil menjelaskan lebih terperinci mengenai hasil siasatan terhadap Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki.

Katanya, hasil siasatan mendapati bahawa pemegang akaun tersebut merupakan hak milik Azam.

“Azam ialah pemegang akaun yang dinamakan dan mempunyai kawalan ke atas akaun dagangan tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Namun, SC menjelaskan bahawa Azam mempunyai kuasa untuk mengendalikan akaunnya seperti mana yang diingininya.

“Azam mengendalikan akaun yang telah dibukanya, dengan beliau telah memberi arahan untuk membeli, menjual dan memindahkan sekuriti daripada akaun tersebut.

“Oleh itu, SC membuat keputusan bahawa tiada pelanggaran seksyen 25(4) Akta Industri Sekuriti (Depositori Pusat) SICDA 1991,” katanya.-UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya