Saya cuma nak rasa sekali sahaja pengalaman itu - Elizabeth Tan bercakap tentang majlis resepsi - Utusan Malaysia

Saya cuma nak rasa sekali sahaja pengalaman itu – Elizabeth Tan bercakap tentang majlis resepsi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Penyanyi dan pelakon, Elizabeth Tan, 29, nekad untuk melangsungkan resepsi perkahwinan pada Februari depan.

Jelas penyanyi yang popular menerusi lagu Knock Knock itu, majlis yang bakal dilangsungkan dalam minggu kedua bulan tersebut akan diraikan dalam skala kecil sahaja.

“Walaupun hampir setahun perkahwinan saya tetap mahu mengadakan resepsi kahwin. Sebelum ini susah sebab kebanyakan restoran tak buka.

“Ikut kapasiti lebih 200 orang tetapi sekarang terhad untuk 100 sahaja. Perkahwinan dan resepsi ini hanya sekali sahaja.

“Jadi saya nak rasa pengalaman itu. Tak kisahlah walaupun dalam kapasiti kecil,” ujarnya teruja.

Elizabeth atau lebih senang disapa Lizzy berkongsi perihal persediaan majlis perkahwinan ketika ditemui pada sidang media Ex Aku Pontianak baru-baru ini.

Untuk rekod, Lizzy dan suami, Siew Jim mendirikan rumah tangga sekitar awal tahun lalu secara rahsia.

Mengulas mengenai pembabitan dalam drama bersiri terbaharunya itu sebagai Bella, akuinya dia seorang yang penakut dengan genre seram.

“Saya sebenarnya seorang yang penakut dan memang tidak pernah pun tonton cerita hantu.

“Saya cuma bayangkan sahaja dan saya tanya dengan krew serta orang sekeliling sama ada karakter pontianak itu menjadi atau tidak.

“Cakap pasal rujukan ini, hanya menerusi pengalaman berlakon dalam filem Misteri Dilaila. Nampaknya penonton terima, jadi saya cuba bawa aura itu,” katanya.

Saksikan lakonan Lizzy dan barisan artis lain seperti Ikmal Amry, Alicia Amin, Raysha Rizrose serta ramai lagi bermula 19 Januari 2022, 10 episod pada setiap hari Rabu, pukul 9.30 malam di saluran Astro Ria (104) termasuk di penstriman digital Astro GO dan On Demand.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya