Sampah kayu Kampung Baru Sungai Perdak akan dibersihkan segera - Utusan Malaysia

Sampah kayu Kampung Baru Sungai Perdak akan dibersihkan segera

LAI Chui Fen menunjukkan tapak asal rumah pusaka ayahnya yang musnah sepenuhnya akibat dilanda bah di luar jangka di Kampung Baru Perdak di Bentong, Pahang. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULKIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) akan menyelesaikan dengan segera masalah longgokan sisa kayu di kawasan Kampung Baru Sungai Perdak, Bentong, dekat sini akibat banjir besar yang berlaku Disember tahun lalu.

Menterinya, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kementeriannya akan meminta kerjasama Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dan Jabatan Hutan serta pihak berkuasa tempatan (PBT) untuk membersihkan kawasan itu.

“Kita akui banjir baru-baru ini telah meninggalkan sampah sarap yang mengakibatkan saluran air sungai  dan kawasan sekitar kampung dipenuhi dengan sisa-sisa kayu.

“Namun begitu kita akan memberi keutamaan kepada penduduk yang terkesan dengan musibah banjir dahulu seperti pembersihan rumah mangsa dan sebagainya,” katanya kepada pemberita ketika lawatan ke tapak Projek Wakaf Air di daerah Jerantut, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, keutamaan diberikan untuk membersihkan rumah penduduk terjejas selain menyelesaikan masalah air termenung di beberapa kawasan terlibat dengan banjir pertengahan Disember lalu.

“Kita akan menghantar pam untuk mengalirkan keluar air tersebut terutamanya membabitkan kawasan perumahan dan ladang penduduk kerana jika air tidak dikeringkan penduduk tidak dapat mengusahakan ladang mereka.

“Esok saya akan turun ke Maran untuk menyelesaikan air termenung dan pihak JPS telah menghantar pam pam ke kawasan tersebut untuk menyelesai masalah itu,” katanya.

Menurutnya, setelah masalah kawasan perumahan penduduk dan ladang selesai, barulah kita akan menyelesaikan masalah kayu dan sampah di kawasan yang terlibat di Bentong dengan segera.

Beliau berkata, Jabatan Hutan dan JPS akan mengambil tindakan sewajarnya  bagi memastikan kawasan terbabit dibersihkan dari puing kayu dan sampah sarap di sungai dan  kawasan sekitar kampung.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya