Sah Tun M di CCU, IJN

Tun M dirawat CCU, IJN

PENGAMAL media berkumpul di hadapan IJN bagi mengikuti perkembangan terkini kesihatan Dr. Mahathir Mohamad yang kini dirawat di CCU. 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahatir Mohamad disahkan berada dalam Unit Rawatan Koronari (CCU), Institut Jantung Negara (IJN).

Perkara itu dimaklumkan jurucakap bekas Perdana Menteri itu, hari ini.

“Ya, beliau dalam CCU,” katanya ketika diminta mengulas mengenai dakwaan yang timbul berhubung perkembangan ahli Parlimen Langkawi itu.

Pengamal media masih lagi menanti di pekarangan IJN di sini sejak pukul 1 petang tadi bagi mengikuti perkembangan ahli Parlimen Langkawi itu.

Ia susulan timbul dakwaan Dr Mahathir berada dalam keadaan membimbangkan.

Difahamkan, satu kenyataan media dijangka dikeluarkan IJN dalam masa terdekat.

Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu dan keluar dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya