RM50 juta naik taraf KIAS sebagai universiti - Utusan Malaysia

RM50 juta naik taraf KIAS sebagai universiti

KAMPUS Kias di Nilam Puri, Kota Bharu yang sedang dinaik taraf sebagai universiti.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan memperuntukkan RM50 juta untuk menarik taraf Kolej Universiti Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS) di Nilam Puri, di sini sebagai universiti penuh.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd.Amar Nik Abdullah berkata, selepas dinaik taraf sebagai sebuah universiti, KIAS mampu menarik kemasukan lebih ramai pelajar untuk mengikuti pengajian ditawarkan.

Buat masa ini kata beliau, kemasukan pelajar ke KIAS adalah sekitar 1,000 orang setahun dan pihaknya menyasarkan untuk meningkatkan jumlah itu sehingga 5,000 orang dalam tempoh lima tahun akan datang.

“Sebelum menjadi universiti penuh, dalam tempoh lima tahun akan datang ini kita perlu meningkatkan infrastruktur, bangunan pentadbiran, perpustakaan, kelas-kelas dan lain-lain di kampus KIAS.

“Setakat ini KIAS tiada bangunan pentadbiran yang sepatutnya. Selain itu, pelan besar lain apabila KIAS capai taraf universiti, kita berhasrat untuk bina kampus-kampus lain di luar Kota Bharu,” katanya. 

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas majlis pelancaran sambutan Dua Dekad Penubuhan KIAS yang disempurnakan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob di Nilam Puri, di sini hari ini.

Mohd. Amar dalam pada itu menambah, apabila sudah dinaik taraf menjadi sebuah universiti penuh kelak, kampus asal Kias yang terletak di Nilam Puri akan dijadikan sebagai kampus induk. -UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN