RM1.4b diperuntuk laksana kerja pembersihan jalan, jambatan rosak akibat banjir - Utusan Malaysia

RM1.4b diperuntuk laksana kerja pembersihan jalan, jambatan rosak akibat banjir

FADILLAH Yusof (tengah) melihat pelan pembinaan jambatan Bailey yang di Kampung Bemban, Simpang Durian, Jelebu hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JELEBU: Sebanyak RM1.4 bilion diperuntukkan bagi tujuan kerja-kerja pembersihan di 928 lokasi di seluruh negara susulan kejadian banjir baru-baru ini.

Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, kerja-kerja pembersihan itu termasuk membaiki jalan, jambatan dan cerun yang rosak akibat banjir.

Katanya, jangkaan siap ada yang enam bulan dan bergantung dengan jenis kerosakan, fokus kementerian ketika ini adalah melihat jalan-jalan yang kritikal supaya ia boleh dilalui oleh pengguna.

“Peruntukan yang telah digunakan adalah sebanyak RM59 juta bagi kerja-kerja kritikal agar jalan tersebut boleh dilalui dan tidak melibatkan bangunan awam, sekolah, hospital dan dewan masyarakat,” katanya kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke lokasi infra terjejas banjir di Kampung Bemban, Simpang Durian di sini hari ini.

Menurut beliau, sebanyak 443 lokasi banjir, 42 lokasi banjir kilat, 449 cerun runtuh, 25 jalan runtuh dan lima lokasi jalan dilaporkan berlaku akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

“Terdapat beberapa lokasi yang telah disiapkan seperti jambatan bailey di Hulu Langat dan minggu depan pula ada sebuah lokasi terjejas akibat banjir di apartment di Dengkil, Selangor akan siap.

“Ada juga lokasi yang mengambil masa sekurang-kurangnya enam bulan untuk siap namun ia bergantung kepada tahap keseriusan infra yang terjejas tersebut,” katanya.

Dalam pada itu menurut Fadillah, sebanyak 75 lokasi jalan, jambatan dan cerun terjejas di Negeri Sembilan akibat bencana banjir dan Monsun Timur Laut yang membabitkan kerja pembaikan berjumlah RM79.2 juta.

“Daripada jumlah berkenaan, sebanyak RM27.29 juta bagi kerja-kerja pembaikan di jalan Persekutuan dan sebanyak RM45.68 juta diperuntukkan kerja-kerja pembaikan di jalan negeri. Kerja-kerja pembersihan di 67 daripada 75 lokasi yang terjejas banjir sudah diselesaikan,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya