RFID perlu lebih cekap, lasak, murah atau percuma - Najib - Utusan Malaysia

RFID perlu lebih cekap, lasak, murah atau percuma – Najib

NAJIB TUN RAZAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sistem teknologi Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) perlu lebih cekap, tahan lasak, murah atau percuma bagi menggalakkan pengguna menggunakan perkhidmatan teknologi tersebut.

Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, perkara itu juga dapat mendorong lebih ramai pengguna beralih ke teknologi RFID itu tanpa paksaan.

“Sekiranya PLUS Malaysia Berhad (PLUS) dan Touch ‘n Go Group (TnG) ingin lebih ramai pengguna beralih ke RFID tanpa paksaan, maka sistem mereka perlu lebih cekap di samping sticker RFID perlu lebih bertahan lasak dan murah atau percuma.

“Rebat juga boleh dipertimbangkan untuk diberi kepada pengguna yang ingin serah kembali Smart Tag mereka,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Beliau berkata demikian sambil memuat naik kenyataan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan pengguna Projek Lebuhraya Utara-Selatan perlu diberikan pilihan dan tidak dipaksa untuk menerima sistem bayaran tol secara RFID itu.

Perdana Menteri juga menambah, jika ia perlu dikenakan kos bayaran tertentu, isu itu wajar dibawa kepada rujukan Kabinet.

“Saya sudah pun arah Menteri Kerja Raya (Datuk Seri Fadillah Yusof) untuk panggil syarikat pemegang konsesi (PLUS Expressway Berhad) untuk bincang dulu pelaksanaan sistem ini.

“Malah, mesyuarat mingguan Kabinet bersetuju supaya kalau ada melibatkan bayaran tertentu oleh pengguna, mereka (syarikat konsesi) kenalah rujuk kepada Kabinet,” katanya semalam.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN