Reman doktor jual sijil vaksin palsu dilanjutkan - Utusan Malaysia

Reman doktor jual sijil vaksin palsu dilanjutkan

DOKTOR klinik swasta yang dipercayai menjual sijil vaksinasi Covid-19 palsu disambung reman di Mahkamah Majistret Marang di Marang, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MARANG: Tempoh reman seorang doktor klinik swasta yang dipercayai menjual sijil vaksinasi Covid-19 palsu disambung dua hari lagi bermula esok.

Perintah reman sehingga Khamis itu dikeluarkan  oleh Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

Terdahulu, suspek yang berusia 51 tahun itu tiba di Mahkamah Majistret Marang di sini kira-kira pukul 9.40 pagi.

Doktor itu ditahan di Kampung Mengabang Tengah di Kuala Terengganu kira-kira pukul 7.34 malam, Sabtu lalu.

Semalam, Ketua Polis negeri, Datuk Rohaimi Md. Isa berkata, suspek dipercayai menawarkan perkhidmatan itu sejak September lalu selepas premisnya di Marang diberikan kebenaran mengendalikan suntikan vaksinasi secara berbayar.

Katanya, sepanjang tempoh tersebut, lebih 1,900 sijil vaksinasi Covid-19 dikeluarkan kepada pelanggan termasuk dari Kuala Lumpur, Pahang, Kedah dan Johor dengan kadar bayaran antara RM400 hingga RM600 seorang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya