Putrajaya benam pasukan tetangga, Selangor - Utusan Malaysia

Putrajaya benam pasukan tetangga, Selangor

SAINGAN Primier Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) kembali menemui beraksi bagi pusingan kedua liga tersebut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Putrajaya Cyborg meneruskan rentak kemenangan apabila mereka menewaskan pasukan tetangga, Selangor Pistons 2-1 dalam aksi Liga Premier pada kejohanan Emas Anuar Liga Sepak Takraw (STL) 2021/22 di Stadium Titiwangsa dekat sini, sebentar tadi.

Pertarungan yang berlangsung sengit dalam set pertama berkesudahan Putrajaya menang 21-19.

Perlawanan yang bersambung dalam set kedua menyaksikan pasukan yang dibarisi pemain separuh masa itu sekali lagi ditentang hebat dan kemaraan mereka berjaya disekat Selangor apabila tumpas 19-21.

Naib juara Divisyen 1 musim lalu itu, bagaimanapun, kembali mendapat rentak permainan, namun, hilang momentum pada hujung aksi sebelum mengakhiri pertemuan tersebut dengan kemenangan 23-21.

Kejayaan tersebut menyaksikan Putrajaya kini mengumpul lapan mata daripada empat kemenangan untuk menghuni kedudukan keempat dalam carta STL. – UTUSAN ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya