Putin, pemimpian Kazakhstan berunding untuk pulihkan keamanan -

Putin, pemimpian Kazakhstan berunding untuk pulihkan keamanan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MOSCOW: Presiden Rusia. Vladimir Putin dan rakan sejawatannya dari Kazakhstan, Kassym-Jomart Tokayev berunding ‘panjang’ melalui perbualan telefon untuk membincangkan situasi di Kazakhstan berikutan pergolakan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, kata Kremlin pada hari Sabtu.

Ia berkata bahawa Tokayev memaklumkan Putin “secara terperinci” tentang situasi di negara itu, “dengan menyatakan bahawa ia sedang berkembang ke arah penstabilan,” kata Kremlin dalam satu kenyataan.

Tokayev juga mengucapkan terima kasih kepada pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Keselamatan Kolektif (CSTO) dan “terutamanya” Rusia atas bantuannya dalam memadamkan protes yang tercetus awal minggu ini.

“Presiden bertukar pandangan mengenai langkah-langkah yang diambil untuk memulihkan keadaan di Kazakhstan,” kata Kremlin.

Kedua-dua pemimpin bersetuju untuk terus berhubung dan mengadakan mesyuarat persidangan video CSTO dalam beberapa hari akan datang, tambah Kremlin.

Dilihat sebagai salah satu daripada lima republik bekas Soviet di Asia Tengah yang paling stabil, Kazakhstan terjerumus ke kancah dalam huru-hara minggu ini, mendorong Tokayev memanggil tentera dari pakatan yang diketuai Moscow. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN