PRN Johor: UMNO serah kepada kerajaan negeri - Utusan Malaysia

PRN Johor: UMNO serah kepada kerajaan negeri

KERATAN akhbar laporan Utusan Malaysia hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: UMNO menyerahkan sepenuhnya keputusan kepada Kerajaan Negeri Johor dan Istana Johor untuk membuat keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri (PRN)  diadakan.

Naib Presidennya, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, perkara itu dibincangkan dalam Mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) UMNO pada Rabu lepas.

“Pelaksanaan PRN adalah terpulang kepada Johor, kalau kata tidak sesuai ia terserah kepada negeri itu. Ia hal Johor,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini. 

Akhbar ini melaporkan, MT UMNO memberi lampu hijau kepada parti itu untuk bersiap sedia menghadapi PRN Johor bagi mencari mandat baharu mendirikan kerajaan yang lebih stabil berbanding majoriti satu kerusi sekarang.

Kedudukan parti pemerintah berkelebihan 28 kerusi berbanding 27 dalam blok pembangkang dianggap ‘goyah’ selepas kematian bekas Menteri Besar yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kempas, Allahyarham Datuk Osman Sapian.

Keyakinan UMNO juga dilihat dari sudut kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada PRN Melaka, November lalu selepas menguasai 21 daripada 28 kerusi DUN sekali gus menyakinkan parti itu bahawa sokongan rakyat sudah berubah berbanding semasa Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Pada 10 Januari lalu, Menteri Besar Johor Datuk Hasni Mohammad berkata beliau tidak pernah mengumumkan sebarang keputusan untuk mengadakan PRN. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN