Popular atau tidak, kualiti lebih utama – Noryn Aziz - Utusan Malaysia

Popular atau tidak, kualiti lebih utama – Noryn Aziz

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: SEJAUH mana penyanyi berbakat tidak dihargai? Bagi penyanyi yang popular menerusi lagu Fantasi O Realiti, hal itu subjektif mengikut halwa telinga dan kehendak seseorang.

Menurut Noryn Aziz atau nama penuhnya Norazmahwati Abdul Aziz, 45, di Malaysia ini majoriti penyanyi sedia ada berbakat tetapi terbahagi kepada dua senario.

“Dikenali sebab kariernya memang sebagai penyanyi dan satu lagi lagi tidak dikenali, namun, aktif membuat persembahan pentas dan dalam masa sama tiada album.

“Bila ada album barulah penyanyi itu pasarannya meluas,” ujarnya.

Tambah Noryn, tidak ramai penyanyi yang berkaliber benar-benar menghasilkan muzik berkualiti. Malahan, majoriti khalayak menganggap muzik sekadar hiburan.

“Muzik ini ada seni yang kena dihargai, barulah nilai seorang penyanyi dan muzik itu berkembang sihat.

“Secara umumnya penyanyi kena titik beratkan kualiti walaupun mahu popular,” katanya lagi.

Bukan itu sahaja, Noryn juga percaya faktor pengikut media sosial antara penyumbang utama penyanyi itu dikenali.

“Pengalaman saya untuk persembahan, ada klien luar sana yang ambil peduli dengan kualiti dan tidak kurang yang mahu lihat jumlah pengikut dan tontonan di YouTube.

“Bagi mereka yang melihat sisi jumlah ini, barulah boleh buat persembahan di majlis skala besar atau pun majlis hiburan tertentu.

“Kita semua tahu angka itu boleh dibeli, tidak salahkan teknologi. Tapi kena ada garis dalam masa sama jaga kualiti,” katanya bertuah kerana berbekalkan ilmu muzik dapat menyara hidup sebagai penyanyi.

Pucuk pangkalnya, kata Noryn apa yang penting adalah bagaimana untuk kekal dalam industri seni.

“Popular atau tidak yang penting kualiti lebih utama. Tidak dihargai ini bagi saya subjektif, tuah kadang-kadang lagu diminati ramai. Ada lagu berkualiti tapi orang tak berapa minat.

“Di penghujungnya macam mana nak kekal relevan lebih penting. Saya sendiri rasa kena cuba untuk letakan diri terus relevan, tapi dalam masa kena ada kualiti,” akhirinya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya