Polis siasat perhimpunan AMK serah memorandum SPRM - Utusan Malaysia

Polis siasat perhimpunan AMK serah memorandum SPRM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penganjur dan peserta terlibat dengan perhimpunan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang menyerahkan plakad memorandum bantahan kepada Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki, semalam dipanggil memberikan keterangan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner A. Asmadi Abdul Aziz berkata, kes itu disiasat mengikut Peraturan 9 dan Peraturan 10 Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (Pelan Pemulihan Negara) 2021(P.U.(A) 293.

Menurutnya, kumpulan AMK itu disertai antara 20 hingga 30 peserta dan telah dipanggil memberikan keterangan secara berperingkat bagi membantu siasatan.

“Polis sudah mengambil keterangan pihak penganjur dan peserta yang terbabit bermula semalam dan akan diadakan secara berperingkat.

“Kita akan memanggil individu terbabit bagi melengkapkan kertas siasatan dan berharap mereka memberikan kerjasama bagi membantu siasatan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Semalam, sekumpulan ahli AMK yang diketui Akmal Nasrullah Mohd Nasir dan Ahli Parlimen Batu, P Prabakaran menghantar memorandum berupa plakad ‘Undur Azam Baki’ secara berkonvoi dengan menggunakan kereta bermula dari Dataran Putrajaya ke pejabat SPRM.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya