Polis serah siasatan kes buli pelajar MRSM kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya - Utusan Malaysia

Polis serah siasatan kes buli pelajar MRSM kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya

TANGKAP layar rakaman video kejadian buli pelajar di sebuah sekolah berasrama penuh di Kuala Kangsar yang tular. - UTUSAN/MEDIA SOSIAL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA KANGSAR: Kertas siasatan kes buli membabitkan pelajar Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah di sini, telah lengkap dan dihantar ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, Asisten Komisioner Omar Bakhtiar Yaakob berkata, kertas siasatan tersebut dirujuk untuk penelitian pihak pendakwaan, kelmarin.

“Setakat ini, kita belum menerima sebarang arahan lanjut bagi kes buli membabitkan 10 pelajar yang disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar di sini hari ini.

OMAR Bakhtiar Yaakob (kiri) menyampaikan surat penghargaan polis kepada penerima pada Majlis Perhimpunan Bulanan IPD Kuala Kangsar hari ini. – UTUSAN/ASLIZA MUSA

Media pada 10 Disember lalu melaporkan, video berdurasi 10 saat tular dalam media sosial yang memaparkan seorang pelajar dikepung rakan-rakannya di dalam bilik asrama dengan mangsa ditumbuk di bahagian perut.

Video tersebut mendapat perhatian warganet dengan rata-rata mengecam tindakan pelajar-pelajar berkenaan yang membuli mangsa.

Susulan kejadian itu, 10 pelajar lelaki melibatkan sembilan pelajar berusia 13 tahun dan seorang lagi berusia 15 tahun ditahan ketika hadir ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Kangsar untuk membantu siasatan.

Motif kejadian itu disebabkan mangsa menegur tindakan seorang daripada suspek menonton video lucah dan akan melaporkan kepada warden sekiranya enggan berhenti berbuat demikian.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN