KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob selesai melawat Tun Dr. Mahathir Mohamad selepas 30 minit berada di sini.
Kelihatan kenderaan membawa Ismail Sabri keluar pada pukul 6.03 minit petang selepas membuat lawatan di sini.
Kenderaan Ismail Sabri sebelum ini dilihat masuk ke pekarangan pusat perubatan ini pada pukul 5.35 petang tadi.
Bekas Perdana Menteri itu kini dirawat di Unit Rawatan Koronari (CCU), pusat perubatan itu.
Bagaimanapun, Perdana MenTe ri tidak memaklumkan sebarang keadaan ahli Parlimen Langkawi itu dengan pengamal media masih lagi menanti di pekarangan di sini sejak pukul 1 petang tadi.
Difahamkan, satu kenyataan media dijangka dikeluarkan IJN dalam masa terdekat.
Dr. Mahathir sebelum ini dimasukkan ke IJN pada 7 Januari lalu dan dibenarkan keluar pada 13 Januari lepas. – UTUSAN









