PKOB, Pejabat Daerah Muar jelas isu bantuan Muda ditolak, kesal dengan kenyataan Syed Saddiq - Utusan Malaysia

PKOB, Pejabat Daerah Muar jelas isu bantuan Muda ditolak, kesal dengan kenyataan Syed Saddiq

muda
SYED SADDIQ SYED ABDUL RAHMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MUAR: Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB) dan Pejabat Daerah Muar kesal dengan kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq pada 13 Januari lalu di laman sosial Facebook milik beliau,  berhubung bantuan banjir di negeri ini.

PKOB Muar dalam satu kenyataan memaklumkan, pada 12 Januari lalu, Bilik Gerakan PKOB menerima satu permohonan perkhidmatan pembersihan rumah kediaman mangsa banjir dan sumbangan bantuan keperluan rumah dari Perikatan Demokratik Malaysia (Muda).

“Berdasarkan permohonan tersebut, tiada lokasi spesifik khidmat pembersihan yang ditawarkan dan lokasi pemberian barangan sumbangan tersebut. Bantuan pembersihan yang dimohon adalah sebanyak tiga buah rumah dan sumbangan barangan keperluan rumah sebanyak 20 set oleh tujuh petugas di dalam permohonan.

“Perkara ini telah dimaklumkan kepada Muda bahawa PKOB memerlukan maklumat lengkap. Untuk permohonan mencuci tiga buah rumah, PKOB telah memutuskan tiada keperluan untuk menimbang permohonan tersebut kerana kerja-kerja pembersihan pasca banjir telah berkurangan memandangkan telah dilaksanakan oleh Southern Volunteers (425 orang), jabatan-jabatan kerajaan (300 orang) dan agensi-agensi yang lain,” katanya.

Sementara itu, menurut kenyataan berkenaan, berhubung permohonan Muda untuk emberi keperluan rumah, PKOB telah meminta senarai serahan nama.

Katanya, ini bagi memastikan semua mangsa banjir mendapat bantuan yseragam dan jenis keperluan sesuai yang mana sehingga 13 Januari lalu, bantuan keperluan juga sudah melebihi keperluan dan disimpan di stor di PKOB.

Malangnya, kata kenyataan itu,  Muda gagal melengkapkan maklumat senarai serahan nama dan lokasi berkenaan.

“Cubaan memburuk-burukkan Kerajaan Johor ini langsung tidak membantu PKOB mahupun mangsa-mangsa banjir di sini. Jika pihak beliau (Syed Saddiq) memerlukan pencerahan, sila datang berbincang dengan kami dan bukannya menuduh dan mempolitikkan situasi bencana banjir di media sosial. Pihak kami juga amat menghargai keprihatinan semua pihak dalam membantu meringankan beban mangsa banjir dan bersama kita membendung penularan Covid-19 dalam kalangan komuniti khususnya mangsa banjir,” jelas kenyataan itu lagi.

Selain Muda, terdapat juga empat permohonan pembersihan kawasan kediaman yang ditolak atas sebab yang sama tetapi pemohon memahami situasi semasa yang semakin baik dan tiada keperluan untuk diadakan pembersihan.

Menurutnya, bermula semalam, jumlah sukarelawan juga dikurangkan kepada 50 orang sahaja manakala permohonan Muda pula adalah untuk kerja pembersihan pada 15 dan 16 Januari ini.

“Sejak 3 Januari lalu, terdapat ribuan mangsa banjir yang telah dibantu sepenuhnya di daerah Muar. PKOB Muar juga telah berkerja keras untuk menyelaraskan ratusan sukarelawan dari 29 NGO, 300 lebih penjawat awam dari jabatan-jabatan lain dari setiap pelusuk Johor. Kesemua yang terlibat berkerja dari pagi hingga lewat malam,” katanya. – UTUSAN ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.