fbpx

Peter Anthony belum umum nama parti baharu

PETER Anthony (dua kanan) semasa program santai bersama masyarakat di Dewan Sri Antanom, Tenom hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TENOM: Nama parti baharu yang dipimpin oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melalap, Datuk Peter Anthony masih menjadi tanda tanya apabila pra-pelancaran yang dijadualkan pada hari ini tidak diadakan.

Walau bagaimanapun, bekas Naib Presiden Parti Warisan (Warisan) itu berkata, pendaftaran parti baharu tersebut sudah diluluskan namun, ia memerlukan sedikit pindaan kerana melibatkan penjenamaan semula parti sedia ada.

Maka, pindaan daripada aspek teknikal di peringkat Pendaftar Pertubuhan (RoS) perlu dilakukan dan ia mengambil sedikit masa.

Beliau berkata, majlis pelancaran mungkin akan diadakan dalam tempoh 14 hari setelah segala proses selesai.

Apabila sudah mendapat jawapan balas daripada RoS maka, beliau akan mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) terlebih dahulu sebelum mengadakan sesi jelajah di seluruh Sabah.

“Nama parti saya akan umumkan dalam masa terdekat. Apa yang pasti, parti ini adalah parti berbilang kaum yang boleh dianggotai oleh semua bangsa dan kaum,” katanya dalam sidang akhbar semasa program santai bersama masyarakat Tenom di Dewan Sri Antanom hari ini.

Dalam majlis itu, Peter memberi sedikit pengenalan mengenai parti baharu serta hala tuju perjuangan parti tersebut.

“Saya telah putuskan dan mudah-mudahan dalam masa terdekat ini kita akan muktamadkan sebelum kita mengadakan siri kelajah di seluruh bahagian.

“Saya ingat dalam masa terdekat inilah kita akan memenuhi keseluruhan pro-team’ sama ada di peringkat majlis tertinggi mahupun peringkat bahagian sebelum kita proses untuk dihantar bagi kelulusan RoS,” katanya.

Hari ini genap sebulan Peter keluar daripada Warisan dan beliau sekali lagi menegaskan keputusan itu diambil kerana tindakan Warisan melebarkan sayap parti ke Semenanjung Malaysia dan tersasar daripada slogan .Sabah for Sabahan

Peter berkata, parti berbilang kaum yang dipimpin olehnya itu akan mesra kepada kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) di bawah kepimpinan Ketua Menteri, Datuk Seri Hajij Noor.

Walau bagaimanapun, beliau belum memaklumkan secara rasmi kepada Hajiji mengenai hasrat membawa partinya menjadi komponan parti dalam GRS.

Bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah itu mengumumkan keluar daripada Warisan pada 28 Disember tahun lalu dan sejak itu kekal sebagai ADUN Bebas sebelum menubuhkan parti baharu. – UTUSAN ONLINE

 

 

POPULAR

KOSMO! TERKINI