Petani, penternak sara diri terjejas banjir di Negeri Sembilan dapat RM1,000  - Utusan Malaysia

Petani, penternak sara diri terjejas banjir di Negeri Sembilan dapat RM1,000 

AMINUDDIN Harun dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri, Seremban hari ini. - UTUSAN/ZAKKINA WATI AHMAD TARMIZI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Sebanyak RM491,000 diperuntukkan Kerajaan Negeri Sembilan bagi membantu peternak dan petani sara diri berskala kecil di negeri ini yang terjejas banjir yang melanda baru-baru ini. 

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, bantuan tersebut sebagai tanda keprihatinan kerajaan negeri terhadap nasib golongan itu yang terlibat dalam sektor agromakanan.

“Atas keprihatinan  kerajaan negeri bersama Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri negeri, Datuk Bakri Sawir, bagi membantu petani kecil yang terlibat dalam sektor agro-makanan. Saya difahamkan seramai 491 orang peternak lembu, peladang dan pengusaha sayur yang terjejas dengan kejadian banjir yang melanda negeri ini. 

“Sehubungan itu, kerajaan negeri bersetuju dan memberi sumbangan sebanyak RM1,000 bagi mereka terutama petani kecil yang terlibat dalam agromakanan,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Mingguan Exco di Wisma Negeri di sini hari ini.

Sektor agromakanan di negeri ini yang melibatkan pengusaha kecil seperti sayur-sayuran mengalami kerugian hasil sebanyak RM22.5 juta akibat banjir baru-baru ini. – UTUSAN ONLINE 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN