Penyamun lunyai dibelasah pekerja Rohingya - Utusan Malaysia

Penyamun lunyai dibelasah pekerja Rohingya

SHAFIEN MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Tindakan seorang lelaki cuba menyamun sebuah rumah kongsi dihuni enam warga Rohingya di Kampung Pauh, Badang di sini mengundang padah apabila dia ‘lunyai’ dibelasah kumpulan itu, Selasa lalu.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3 pagi, suspek berusia 30 tahun, cedera parah apabila patah tangan dan kaki kanan akibat dibelasah beramai-ramai oleh ‘mangsanya’ sendiri.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Shafien Mamat berkata, suspek dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II untuk rawatan lanjut dan pihaknya sedang mengesan seorang rakan suspek yang berjaya melarikan diri.

“Dalam kejadian Selasa lalu, dua orang suspek lelaki bersenjatakan sebilah golok memecah masuk sebuah rumah kongsi yang didiami enam pekerja warga Rohingya untuk menyamun mereka.

“Bagaimanapun, kumpulan pekerja terbabit melawan semula dan berjaya menahan salah seorang suspek manakala seorang lagi berjaya meloloskan diri,” katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.

Shafien berkata, suspek ditahan reman selama tujuh hari bermula Rabu lalu hingga esok (Selasa) dan semakan lanjut mendapati suspek mempunyai satu rekod lampau bersabit dengan kesalahan dadah.

“Polis sudah mengambil keterangan kesemua lelaki Rohingya itu untuk siasatan lanjut,” katanya.

Kata Shafien, kes disiasat mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya