Penubuhan Parti Bangsa Malaysia tak beri kesan kepada Bersatu - Utusan Malaysia

Penubuhan Parti Bangsa Malaysia tak beri kesan kepada Bersatu

MUHYIDDIN YASSIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Penubuhan Parti Bangsa Malaysia (PBM) yang diluluskan akhir Disember lalu tidak memberi kesan besar kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu).

Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, hal ini kerana pemimpin parti tersebut bukan terdiri daripada ahli Bersatu.

“Mereka yang memimpin itu sebenarnya tidak sertai Bersatu. Larry Sng (Ahli Parlimen Julau) dahulunya bekas PKR tetapi menyatakan sokongan kepada Perikatan Nasional (PN).

“Begitu juga Steven Choong (Ahli Parlimen Tebrau). Yang di Perak (Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Buntong, A. Sivasubramaniam) saya dengar dia sokong YB Peja (Ahli Parlimen Tambun, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu) tetapi tidak tahu dalam rekod dia jadi ahli Bersatu atau tidak,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan, beberapa pemimpin Bersatu termasuk ADUN menyertai PBM.

Larry dilaporkan dilantik sebagai presiden baharu pada Mesyuarat Agung Luar Biasa (EGM) parti tersebut yang turut menyaksikan pelantikan 30 ahli jawatankuasa, termasuk bekas Exco Kerajaan Selangor, Haniza Mohamed Talha dan Wong Judat sebagai timbalan presiden.

Sebelum ini, PBM dikenali sebagai Parti Pekerja Sarawak (SWP) diasaskan oleh bapa Larry, Datuk Sng Chee Hua bersama sekumpulan ahli politik pada 2012.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN