Peniaga dijamin dapat tapak bazar Ramadan  - Utusan Malaysia

Peniaga dijamin dapat tapak bazar Ramadan 

ZAINOL Fadzi Paharudin (dua kiri) menyampaikan watikah kepada wakil JKN Perak di Bangunan Perak Darul Ridzuan di Ipoh, Perak, hari ini. - UTUSAN/ MOHAMAD HAFIZI MOHD. SAID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kerajaan negeri memberi jaminan peniaga dan penjaja memperoleh tapak bazar Ramadan yang dimohon melalui pihak berkuasa tempatan (PBT).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Perak, Datuk Zainol Fadzi Paharudin berkata, ia ekoran pihaknya menjangkakan pertambahan peniaga dan penjaja di bazar Ramadan tahun ini.

Menurutnya,  seperti tahun lalu pihaknya juga telah memberi arahan kepada semua PBT memastikan semua penjaja mendapat tapak bazar Ramadan.

“Bazar Ramadan salah satu yang menjadi isu apabila sampai bulan Ramadan melibatkan  tapak tidak mencukupi, namun dua tahun lalu disebabkan perintah kawalan pergerakan (PKP) bazar tidak meriah.

“Jadi saya yakin lebih ramai lagi akan menyertai bazar Ramadan kali ini memandangkan mungkin kelonggaran diberikan tetapi mematuhi prosedur operasi standard (SOP) oleh Kementerian Kesihatan  dan Majlis Keselamatan Negara (MKN),” katanya dalam sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perunding Penjaja dan Peniaga Kecil Negeri Perak Tahun 2022 di Bangunan Perak Darul Ridzuan di sini, hari ini.

Zainol Fadzi berkata, sekiranya berlaku tapak bazar Ramadan tidak mencukupi, kerajaan negeri akan membuka lokasi baharu yang dirasakan sesuai. – UTUSAN ONLINE 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN