Pengurusan banjir di Pahang berjalan sempurna - Utusan Malaysia

Pengurusan banjir di Pahang berjalan sempurna

ISMAIL Sabri Yaakob (tiga dari kiri) menyampaikan sijil kepada petugas-petugas banjir Parlimen Bera di Dewan Dewan Majlis Daerah Bera, Kerayong di Bera, Pahang. - UTUSAN/NORHAFIZAN ZULLIFLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BERA: Kerjasama baik antara jabatan terlibat dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menjadikan kerja pengurusan banjir di negeri ini berjalan sempurna. 

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia juga berikutan persediaan awal dilakukan oleh pihak berkaitan dalam menghadapi banjir.

“Pengurusan banjir berjalan dengan lancar dan sempurna di Pahang. Tidak timbul isu berkaitan rungutan mangsa banjir seperti di negeri lain.

“Khususnya di Bera, saya tidak terima sebarang laporan tentang kekecewaan, rungutan orang ramai yang terlibat banjir kerana persediaan awal yang dilakukan kita sendiri,” katanya ketika berucap pada Majlis Penghargaan dan Terima Kasih Petugas Banjir Parlimen Bera bertempat di Dewan Dewan Majlis Daerah Bera, Kerayong di sini hari ini.

Pada majlis itu, sebanyak 21 agensi kerajaan dan bukan kerajaan daerah Bera menerima sijil penghargaan sebagai menghargai komitmen dan kerja keras sewaktu banjir dan pasca banjir melanda daerah ini, Disember tahun lalu.

Ismail Sabri yang juga Ahli Parlimen Bera berkata, usaha keras yang dilakukan termasuklah menyelamat mangsa banjir, membantu memindahkan mangsa ke pusat pemindahan sementara (PPS) dan melakukan kerja-kerja pembersihan selepas banjir.

“Semangat Keluarga Malaysia dan hubungan antara jabatan terlibat dan NGO memudahkan dan menjadikan segala urusan berkaitan banjir dapat dilakukan dengan sempurna,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN